Rabu, 19 Mac 2014

Bila Hati terbang ke Dalam Kenangan- Task 1

Ramai tertanya-tanya status Oomie. Oomie peliklah. Oomie mengaku sejujurnya Oomie single dan tak de sangat la  pengalaman cinta macam orang lain yang bercinta dgn mcm2 orang. Tapi itu yang Omie paling banggakan. Apalah sangat sebuah rasa cinta yang tak pasti ke mana arah tujunya.. Oomie pernah berkawan rapat dengan  2 orang lelaki ( Bukan melibatkan Skinship Or feeling lelebih).. Just kongsi rasa happy dan sedih.. Yang pertama... Kita gelar je nama die Mr. M.. Oomie kawan dengan die masa tu umur Oomie dalam 18 tahun.. Tu pun sebab kebetulan tapi dah tertulis dalam takdir Oomie.. Oomie kenal die melalui sebuah pergaduhan antara kami yang sangat membenci.. Alhamdulillah... Mr. M ni baik orangnyer.. Sikap dia amat menghormati orang tapi sosialnya agak terlalu liar.

Pada mula berkenalan... Mr M ni sebenarnya just nak try market dia pada budak hingusan macam Oomie ni. Bayangkan je lah umur die masa tu 26 tahun tapi perangai cam mengalah umur kita masa tu. Oomie ni jenis yang suka gila2 dan sewel sikit. So die pun terikut2.. And 1 day, die bagi tau semua rahsia hidup dia dengan di hadiahkan sebuah tangisan.. Oomie terpegun bila tengok lelaki seusia dia menangis depan budak umur cam kita masa tu.. Ia sangat manyedihkan.. Dari A sampai Z..
Semuanya tersingkap. Mr.M Kaki Perosak A D (Anak Dara) & DLL (Dan Lain2). Mr.M Kaki Clubbing, Kaki Minum n teguk air syaiton!!!!! ( Macam ni ke mau buat laki - Ayat Mak Oomie) . sebenarnya Oomie tergagap n segala jenisnya la.. Oomie ni serius konversetif bab melibatkan kehidupan sosial. Satu persatu tanggapan yang baik jadi jahat.. Oomie takut.. Oomie terus lari dari dia. Hampir 1 minggu Oomie dan dia tak bercakap mahupun jumpa.

Dalam masa sama.. Oomie berfikir... Sapa aku utk menilai dia pada masa kini?? Siapa aku memandang hina pada diri dia?? Padahal Oomie dah dididik untuk belajar menerima segala kekurangan dan perbaiki kekurangan itu dengan kebaikan.. Allah sentiasa memberi ruang utk bertaubat tapi Oomie pulak...mmmm... cetek betul pemikiran Oomie.. Akhir Oomie datang utk jumpa dia.. masa tu dia down giler. Mengamuk kat parking kete just kerana kakak manager oomie parking kete. Orang tua2 cakap bagi salam paling lembut supaya hatinya lembut... Oomie bagi salam.. Dia diam pastu blah.. (Mr. M ni mmg kaki drama cikit + dramatik..hhahahah..)..

Oomie just cakap macam ni jer pada dia. " Apa yang awak pandang tak semestinya jelas!!!" Mr. M Stop tetiba ".Macam tu dengan aku. Sekarang aku dah nampak semua keburukan aku. Tak payah layan jantan tak guna macam aku ni." Mr M balas.. Tapi Oomie geram sangat. Oomie sepak kaki dia. Mr. M diam tapi mata dia sedih sangat... Pastu Oomie ajar dia jadi lebih teratur. Lebih menjadi seorang insan yang tau baik buruk dalam hidup... So far Mr. M sangat kuat dengan pendirian dia. Dia ubah satu per satu dan Mr. M yang ubah Oomie dari free hair kepada berhijab.. Kami saling mengajar diri sendiri dan sesama lain.   Oomie pun terkejut Oomie banyak belajar pada dia... Alhamdulliah.. Walaupun kami tak berjodoh.. Allah S.W.T memberi ketenangan dalam hati.. Sebenarnya Oomie terkilan sikit dalam keputusan Oomie amik utk tamatkan hubungan ini dan ada sebab2 tertentu Oomie perlu buat keputusan in bagi melindungi apa yang telah dia nak lindungi. Sebagai seorang yang mengenali hati budi dia, Oomie pun bertanggungjawab dalam menjaga apa yang telah dia ubah dalam diri Mr M. Semoga dia berbahagia dengan orang tersayang.. Status Mr. M  sekarang pun telah bertukar menjadi SUami dan ayah kepada 2 orang cahaya mata.. Mr. M cakap anak sulung perempuan dia ikut perangai Oomie..hahahha.. apa pun Allah dah beri kita cerita masing2... cuma kita jer perlu pilih cara baik mahupun buruk..

Untuk ini... Jangan selalu salah sangka terhadap sikap orang jahat.. Kadang2 dia  boleh lebih baik dari kita malah lebih mulia di mata Allah S.W.T. Wasalam dari Oomie.. Utk Mr. kedua, next time Oomie citer...

Rabu, 5 Mac 2014

Bila Orang dapat kawen dengan Keith Foo!!!!!

Omie dah hilangkan diri hampir 1 bulan kan..

Omie nak share 1 story yang akan memeningkan kepala.. Omie sampaikan dalam bentuk Cerpen pendek.. Tajuk die.. My Mr Anymous!!!

Di sebuah kampung senget-menyenget.. Lahirlah seorang bayi lelaki bernama Ani.
hi!!!! nama kita Ani!!! ( Sekadar gimik jer)
Namun Mak Sepai pun telah melahirkan seorang bayi perempuan yang paling ayu. Yang tak dapat digambarkan parasnya dan diberi nama Ani juga. Nama betul Animas Ayu

Menginjak usia mereka 18 tahun. Ani versi perempuan telah menjadi rebutan Sang jejaka-jejaka yang tak berapa nak jambu di kampung. Bagi Ani Versi perempuan, Bakal Suami dia haruslah hensem macam Abang Aaron Ajis ( Ani ni pelat sikit). Satu persatu rombongan di tolak.. Hancur harapan para jejaka ingin memperisterikan Ani.. Ani hanya mengeluh!!
Bila lah hero macam Abang Aaron Ajis meminang aku yang cantik rupawan!!! Bisik Hati Ani.


Di situasi lain.. Ani versi lelaki pula sibuk ke kebun sayur- sayurannya..Datanglah satu mamat indon ni... " Ani.. Kenapa lo tolak cinta gue!!! Gue sayang banget sama lo!!! Gila Khinzir apa mamat ni!! Bisik hati Ani.. Dia selera ngan aku yang tak mandi 7 hari 7 malam ni. Aku x de nafsu dengan lelaki macam ko. Wait!!!! Ayat Propa sikit!!! AKU TAK GAY!!!!! Aku, Ani Aniqi Rifqi, straight ok....
Muka aku yang macam Keith Foo ni jugak kau nak.
Sekadar gambar hiasan
" Woi!! Ko dah kenape seru2 nama aku!!!"
" Ooo.. Abang Ani ... Aku lagi kecewa sama Ani."
" Ani... Tu kan nama aku."
" Bisa mati berdiri bang kalo gue cinta sama kamu."
"Abis.. Ani mana???"
"Ani anak Mak Sepai"
" Aku tak tau pun ade Ani duplicate"
"Ade lorh bang"
" kalo abang lihat kayak nya abang akan jadi seperti saya."
" Biar Benar kamu!! Kayak apa wajahnya"
" Oi!! Abang indon ke aku indon???"
" OPss.. Terlepas pulak. Maafin gue."

Mamat indon terus blah.. Sakit hati dengan  Abang Ani.. Dia ngejekin gue.. sempat lagi mamat indo tu pesan.. " Abang Ani kalo nyali... BAng pergi pinang si Ani..."

Terus Ani ambil telefon bimbitnya. ditekan punat-punat bernombor..
" Halo Mak!! Mak kat ne??? Ani nak mak pergi minang Ani... Ani x kire apa cara pun."
Mak Rock x sempat nak bercakap anak dia dah macam meriam Turbo zaman HangTuah... Bertuah punyer budak...
" Mak!!! Dengar x??"
" Ko ingat mak pekak ker??? sape nama budak tu tadi"
" Ani!!!"
 Biar betul Anak aku ni. Ani tu kan nama anak dia sendiri..
" Kau gile!! Buat apa nak minang diri sendiri.."
" Bukan Ani ni la mak,. Ani anak Mak Sepai.."
" Siapa tu??"
" Mana Ani Tau."
" Takper... Mak nanti pergi dengan Wak Skodeng"
" Ok..."

Sampai depan rumah  Mak Sepai!!
" Asalamualaikum!!"
"Walaikumua........."
" Sephia.. Ko ke ni?"
" Akak Rockiah... Lama Sephia cari akak."
"La ko ke Mak Sepai??"
"hahaha.. Ye la akak oi... Orang kampung salah convert nama aku masa aku sebut.. Hah.. Amik kau diorang panggil aku Sepai.."
"Hahaha... Berbalik citer asal... Ko ade anak dara ke nama Ani?"
" hmm.. betul tu kak.. Aku ade nama anak Ani.. Macam kita janji dulu2.
"AKu nak pinang dia untuk anak aku si Ani tu.."
"HAh!!! Ani jugak ke??"
" Haah.. JAdi Double Ani la pas ni.."
"  Hahaha... Aku accept kalo anak akak. Qualified!!!"


Di waktu akad Nikah....

"Mak... Orang tak kire... Orang tak nak kawen dengan Anak kawan mak tu. Orang nak tunggu Abang Aaron Ajiz juga( Pelat tak abiz2),"
" Kau jangan degil Ani. Mak penat asyik rijek pinangan orang.. Kawen or never.. Now or never getting married?? ( Omputih bebenor aku ( mak sepai))"

Ani duduk kat bilik pengantin dah macam cacing kepanasan... Tak bole jadi nie... Aku kena tgok muka dia...Ani mengintai!! OMG!!! Mak nak jodohkan aku dengan orang tua gatal miang tu ke?? kata hati Ani.. Aku lebih rela batalkan akad nikah ni..
"SAYA TAK RELA DIPAKSA KAWEN!!!!" Ani Jerit dikhalayak ramai.. Semua mata memandang ke arah dia.. Di satu sudut ade yang tersenyum melihat reaksi perempuan tu.

Kejadian Sebelum akad nikah....

Wak Skodeng dah nangiz...
"Adui!!! Time2 macam ni pulak die buat hal??"
Wak Skodeng nangis sekuatnyer.
" Wak kenapa ni?"
"Wak tak kira wak nak baju ni juga" Tangan die tunjuk pada baju yang Ani pakai...
Tambah masalah satu lagi. Ini baju akad aku. Aku memang tak gemar warna pink ni. Tapi Baju peristiwa yang akan dikenang seumur hidup aku. Mana Boleh!!!
"Wak tak kira juga!!!"

Apalah nasib!! Ani bagi juga baju tu. Ani sarung tubuhnya dengan baju kurung melayu warna peach raya tahun lepas..
" Jangan layan sangat Wak Skodeng tu!!"
" Biarlah mak. Kesian tengok Wak tu. DAh la mcm budak2. Biar jelah"
" Tu semua sebab perangai zaman die muda2 tu yang suka skodeng anak dara orang. Sedap2 tengah Skodeng, Allah Bagi Sambaran kilat kat die. Tu yang tak betul sampai sekarang..."
" Dah Jom!!!"

Berbalik semula pada waktu Akad Nikah!!!!

"ANi!!!
MAk sepai tarik tangan anaknya ke dalam bilik.. di cubitnya Ani.
" JAngan bikin malu Ani. Mak ni dah penat layan karenah kamu."
Ani terdiam terkutik.

"Kita mulakan Tok" Suara MAk Sepai bergema.
HAti Ani versi perempuan sedih giler.
HAti Ani versi lelaki tersenyum ria.

Sah!!! Lega hati Ani lepas berjaya dalam Akad nikahnya.
Ani bangun terus masuk ke bilik isteriya. Mata Mak Rock dan MAk sepai memandang Ani.
" Kamu nak ke mana?"
" Nak batalkan air sembahyang la."
" Kamu masuk dulu.Jap lagi cameraman nak ambil gambar kamu batalkan air sembahyang kamu."

Dalam Bilik..
"Aku tak nak kawen denga orang tua.Aku nak gagah dan hensem."
Kepala Ani versi lelaki tergeleng.
" Asalamualaikum..."
Ani Versi perempuan Masih lagi menekup muka dia  dengan bantal. TErsenyum Ani versi Lelaki.
Tangan Ani versi Lelaki terus jatuh ke kepala Ani Versi perempuan.
" Angkat kepala tu"
Ani versi perempuan sepi dari tangisan. Amboi!! Suara Laki aku ni macho jer. MAcam orang muda pula. Ani angkat kepalanya. OPOCOT!!!  Biar Betul!!!
" Kenapa buat muka macam tu dekat suami?"
Double Ani pandang pada suara Tersebut. MAk Rock dan Mak sepai tersenyum.
" Ani... Kamu terkejut Sang Suami kamu ni hensem giler. Ni mak kenalkan. Ani Aniqi Rifki, Suami kamu. Ok tak??"
Mata Ani versi perempuan pandang panda Ani Aniqi Rifki. Terus dia peluk Ani versi lelaki. Terkejut si suami tu.
" Mak ni.. Lain kali bagi tau awal2. Buat sakit jantung jer" Terus die senyum pada Si suami.
" Tak puas ke peluk saya?" Tanya Ani pada Isterinya.
Ani Versi perempuan mengelengkan kepala. Si suami tersenyum.ISteri aku ni boleh tahan nengancam juga.
" Nama awak Ani ea?"
Lelaki tu menggangguk.
"Saya ada satu panggilan untuk awak biar orang tak konfius denga nama kita berdua."
"Apa dia?"
" Let me introduce. This my MR ANYMOUS....

The END....