Rabu, 10 September 2014

Love Registration Form Si Manis Khusyairyl!!!!

Asalamualaikum... Salam u all!!!! Hari nie Omie nak tulis cerita yang didapatkan ilham dari opiz!!! So enjoy!!!

LOVE REGISTRATION FORM SI MANIS KHUSYAIRYL!!!!

Kak Long!!!!! Apa nie????

Terkujat kak long bila terdengar tempikan suara yang agak garau dari adik bongsunnya.. Susah betul kalau adik si jantan nie!!! Tangannya terhenti dari mengacau kangkung goreng belacannya di atas kuali. Khusyairyl memegang sehelai kertas dan ditunjukkan pada kak long.

" Benda alah apa ni kak long??"

" Borang la oi cik adik manis.." Matanya masih lekat diatas kuali. Tapi telinganya masih mendengar rengusan kecil dari bibir adiknya yang merah. Susah betul nak jaga adik lelaki yang jambu nie.

" Tapi kenapa mesti Manis yang kena. Abang Ngah Khairul, Abang Ucuk Khalifah, Abang Ude Kazim, Abang Alang Khalid n Abang Yang Kasyah tak kena pun. Manis tak kira. Manis nak kak long kutip balik borang ni." muncung sedepa mulut manis.

Kak long dah lama tahu reaksi adik bangsu ni. Kalau mengikut hati memang Kak Long tak mahu buat perkara ni tapi bila pikirkan masa tidak mencukupi lagi baginya dia terpaksa gunakan cara ini.. Kak long mendiamkan diri saja. Manis Khusyairyl terus berlalu dari situ..

.............................................................................................................................................................

Airyl!!!
Pantas Manis Khusyairil menoleh. Dilihatnya teman baiknya Ryan dan Zaki sedang bertenggek di tangga kolej mereka. Pantas dia melangkah ke sana.

"Apa cerita bro?? Aku dengar angin-angin sempoi datang membisikkan kat telinga aku pasal ko ken...."

" Korang ni busybody betul kan... Aku baru nak datang menghadap untuk mengadu domba. Dah korang tau.. Ade telekinetik betoi otak korang ni..."

Terkekek ketawa si Zaki dan Ryan.. Sememang mereka berkawan dari awal semester dan kini akan menamatkan pembelajaran. Manis Khusyairyl terus turut serta bertenggek di tangga dan melepaskan keluhan yang panjang.

"Bro.. Story la.. " Ujar Zaki.

Manis Khusyairyl memandang dengan redup.

"Bukan korang dah tau ke??"

"Kitorang just tau ade form cinta untuk si manis ku sorang ini.."

Hahahahahahah... Berdekah ketawa Ryan dan Zaki. Manis Khusyairyl memandang dengan geram.

" Ini semua keje kak long aku. Aku tak tau la apa masalah kak long aku."

Sepi jer... Mana respon makhluk Tuhan 2 orang ni.

Manis menoleh ke arah sisi kanan. Si Ryan dan Zaki sedang berbual dengan sekumpulan budak perempuan kolej mereka.Si Ryan menunjuk ke arahnya. Semua memandang ke arah Manis. Macam lain jer pandangan budak-budak ni. Baik aku blah.

" Oi!! Jantan terhangat!!! Tak akan nak blah kot..."

Mulut si Zaki ni boleh pulak cabai. Geram hati aku ni. Tadi Kak Long buat hal. Ini pulak diorang nak menyakat aku. Nasiblah badan.

...................................................................................................................................................................

"Ara!!!! Let me explain dear. Please!!!"

Tangan Sahara digengam ketat. Sahara tarik kembali tangannya. Memang dasar jantan alien tak sedar diri. Sahara meneruskan langkah. Tiba-tiba sebuah pelukan paksaan dari Andrew yang sangat memalukan di khalayak orang ramai.

" Stop it idiot!!! Don't touch me like another girls!!"

Andrew merungkai pelukan itu.

" Please!!! Listen me. And i will explain everything for you."

Sahara memandang Andrew dengan tanpa perasaan. Kena dengar juga ni kalau tak haru biru keadaan aku. Sahara mengambil tempat duduk di bangku hadapan kedai buku HARRIS. Masalah betul kalo bercinta dengan mamat singapore malay mix Mat saleh ni. Andrew turut serta.

" Jelaskan apa yang aku nampak tadi. And Andrew.. Truth story, not drama story."

Andrew menarik nafas panjang.

" Okey. I memang keluar dengan Shireen sejak dari kita bercinta. Ini sebab you suka lepak kat library. I nak spend time masa dengan you mcm couple2 lain. Watch movies, hang out together and semua melibatkan u and me. But u just nak kita date kat tempat public mcm ni. Library, Book store and anything about books. I tak suka u pentingkan buku dari I. I rasa sunyi. So i prefer pada yang menghargai I. So Shireen selalu temankan I bila I selalu sorang-sorang. So u.... Just in your world."

Sahara hanya menganggukkan kepala dari tadi. Andrew menatap Sahara dengan penuh dalam

"Don't mind me. Kau bahagia dengan siapa?? Aku atau Shireen?"

Andrew masih lagi menatap Sahara.

"Andrew!!! Just tell me."

" I selesa dengan u but u don't have time for me. I.."

Sahara bingkas bangun. Kemudian Sahara melangkah pergi. Andrew turut bangun.

" Aku doakan kau bahagia dengan Shireen. Kau dengan aku sememangnya bukan gabungan sesuai untuk bercinta. Mungkin jodoh kau dengan aku memang tak de..So ciao... Asalamualaikum..

Andrew hanya mampu memandang langkah Sahara. Sahara melangkah dengan rasa puas hati dengan penjelasan Andrew tadi.

...................................................................................................................................................................

Manis Khusyairyl memandang ke arah Kak Longnya. Mulutnya di muncung panjang. Dia tahu Kak Long ni hati macam lembut macam Taufu Fah. Keningnya di turun naik. Dihadiahkan sebuah raut yang sememeh. Borang tu mesti dihapuskan. Tak pasal2 nama Manis Khusyairil dijaja dimulut budak-budak kolej. Kak Long menghampirinya dengan semangkuk laksam dan diletak diatas meja Manis Khusyairyl.

"Tak payah nak buat muka masa kamu baby Manis. Borang tu akan berkuatkuasa esok hari. Kita tengok je siapa yang submit demi cinta Manis."

Manis Khusyairyl makan secara lahap. Sengaja tunjuk pada Kak Long yang dia ada hak untuk batalkan semua perkara gila-gila Kak Long ni.  Kebelakangan ni Kak Long banyak buat keputusan gila. Semua abang-abangya juga terkena tempias. Nasib oi!!

"Kak Long... Manis nak tanya boleh ta???"

Kak Longnya mengangkat keningnya. Aduss.. Bahaya ni kalo kening Kak Long dah terangkat. Tapi hati Manis Khusyairyl lega sebab dihadiahkan anggukan Kak Long yang mahal tu. Selalu asyik geleng-geleng.

"Kenapa Kak Long putus tunang dengan abang Fatah?"

Kak Long memandang Manis Khusyairyl dengan redup.

"Bukan rezeki akak berjodoh dengan mamat sengal tu". Kak Long mengacau air nescafe dicawannya,

Wow!!! Kak Long tak pernah tunjuk ayat-ayat sebegini. Ni yang best ni. Korek lagi la. Pasal borang tu memang tak dapat selamatkan lagi. Tapi pasal hal Kak Long ni memang hot stuff sebab my all brothers pun tak pernah dengar benda-benda ajaib macam ni.

"Kak Long tak teringin nak kawin ke? Kak Long baru masuk 36 tahun. Body solid lagi. Ke Kak Long dah cinta mati dengan abang Fatah?"

Hehehe.. Ambil ko Kak Long soalan Paparazi aku. Jawab cepat. Tak sabar ni.

"Hidup Kak Long untuk adik-adik Kak Long. Pasal abang Fatah tu biar Kak Long Sorang jer tau. Kak Long nak korang ada masa depan yang cerah."

Alamak!! Kak Long buka statement yang boleh buat jiwa kejantanan aku tergoyah kejap. Ni yang sentap ni. Selalu buat aku nak nangis. Mentang-mentang aku kaki menangis masa kecil-kecil dulu.

"Kak Long tak risau pasal abang-abang kamu. Tapi yang merisaukan Kak Long kamu ni. Kamu tak pandai jaga diri sangat. Siapa nak jaga kamu nanti bila Kak Long nak pergi Umrah nanti. Kamu kena ingat Manis. Kamu adalah adik jambu yang paling arwah mama dan papa sayang. Kamu penguat kehidupan Kak Long dan Abang-abang kamu walaupun abang-abang kamu tu kaki buli kamu. Jadi keputusan Kak Long mengatakan  borang tu adalah jalan untuk kamu." Kak Long melangkah ke biliknya dan meninggalkan Manis Khusyairil dengan terpinga-pinga dengan perjelasannya.

...................................................................................................................................................................

Sahara sibukkan dirinya di kedai BOOK&ARA Stationery. Satu-satunya hadiah yang paling Sahara sayang. Hadiah dari papanya yang menetap di Australia. Ayahnya telah bercerai dengan uminya selepas umurnya 12 tahun . Dan semua berlaku dengan pantas dan dia telah dewasa sekarang untuk tidak menyalahkan siapa-siapa dalam hal ini.  Kedainya terletak berhampiran dengan kolej dan harga yang dikenakan adalah yang paling murah mengikut harga pelajar.

" Kak Ara!!!

Sahara memandang ke arah suara itu. Suara si Ryan tu cukup dikenali. Suara pelajar yang suka sangat menyakatnya dengan buku. Sahara hanya mengelengkan kepalanya. Ryan sedang membelek buku-buku atas meja Sahara.

" Oii!! Tak de kerja ke nak kacau akak?"

Ryan menoleh lalu menghadiahkan sebuah senyuman. Sahara hanya mendiamkan diri seketika. Mini library Sahara kini dipenuhi ramai pelajar perempuan dan beberapa orang lelaki. Ryan tersengih.

" Kak Ara.. Do you know something about that?"

Sahara mengangkat keningnya. Kemudian dia melabuhkan punggungya di hadapan Ryan.

" Ada orang minta tolong akak letakkan box untuk submit form. Maybe ada pencarian bakat-bakat baru."

Hahaha.. Ryan ketawa besar. Pencarian isteri baru untuk Manis adalah. Sahara memandangya pelik. Ryan makin tergelak besar apabila mulut Sahara muncung seperti Donald Duck. Kak Ara ni buat geram pulak. Bisik hati Ryan.

" Kak Ara bagi detail biodata. Ryan nak hantar borang ni untuk Kak Ara."

Makin panjang mulut Sahara. Ligat tangan Ryan mengisi borang tersebut. Masa berlalu dengan pantas.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sahara membawa kotak yang dipenuhi borang itu. Dia berjanji untuk berjumpa dengan pemilik kotak tersebut di sebuah cafe. 10 minit telah berlalu dan si pemilik kotak tidak sampai lagi. Sahara pula lupa untuk membawa buku atau novel untuk menghilangkan bosannya. Kelibat seorang wanita berusia 30-an pun menghampirinya.

"Sahara, right?"

Sahara menghadiahkan anggukan kecil.

" Nama akak Khadijah.. Tapi panggil Kak Long je. Sorry akak lambat sikit."

Sahara tersenyum dan menghulurkan tangan untuk menyalam.

"Sahara ni comel la."

Tersentak Sahara bila Kak Long memujinya. Matanya terkebil-kebil melihat Kak Long.

"Kak Long.. Ini Kotak tu."

"Ooo... Ok.. Bawa sini. And thanks dear about this matter."

" Kak Long, banyak yang apply tau."

Kak Long menghadiahkan senyuman. Dia merenung Sahara.

" So Sahara... Sahara ada apply tak??"

"Sahara mana layak untuk modeling. Kawan-kawan gelar Sahara pun Ayam Katek. Malu je kalau apply".

Ketawa besar Kak Long bila mendengar Ayam Katek. Kak Long meneliti Sahara. Memang Sahara rendah orangnya. Kalau digandingkan dengan Si Manis mesti sampai dada Si Manis jer. Tapi Si Sahara ni comel dan buat orang geram bila melihat pipinya yang agak tembam dan matanya yang bundar membuat orang ingin melihat lagi. Kalau buat adik ipar ni memang sesuai dengan kesopanannya dan telatah dia yang mencuit perasaan.

" Sahara, just isi form tu je. Bukan pakai tenaga pun. Isilah. Akak jamin akak approve jer application Sahara.

Dan ayat Kak Long itu bergema di dalam kepala Sahara.
.....,.............................................................

APA respon Manis bila mengetahui Bakal isterinya ade rahsia bersama Kak Long